Cuteki kawaii

Monday, 14 May 2012

UJI MINDA ANDA...

Latihan Objektif Bab 2
1. Zaman prasejarah dunia dibahagikan kepada empat tahap zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Namun demikian, Malaysia hanya mengalami tiga zaman. Zaman apakah yang tidak dialami di Malaysia

A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
D. Zaman Logam


2. Berdasarkan senarai di bawah susunkan zaman prasejarah yang dilalui oleh Malaysia mengikut urutan yang betul

I Zaman Paleolitik
II Zaman Mesolitik
III Zaman Neolitik
IV Zaman Logam


A. I, II dan III
BI, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


3. Malaysia tidak seperti negara lain di dunia kerana tidak mengalami Zaman Mesolitik.Apakah bukti yang diperolehi Pusat Arkeologi Malaysia yang membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik

A. Perjumpaan tulisan di gua
B. Penemuan perahu prasejarah
C. Penemuan alat batu Haobinh di Perak
D. Penemuan alat pemujaan


4. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mula menggunakan peralatan batu untuk kehidupan hariannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengetahuinya?

A. Melalui cerita atau lisan
BMelalui kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi
C. Melalui ujikaji di makmal
D. Melalui kajian masyarakat masa kini


Soalan 5

Berdasarkan senarai di bawah
*Batu Tembikar
*Serpihan tulang
*Batu-batan yang dibina


5. Sepasukan ahli arkeologi telah menemui bahan-bahan di atas dalam usaha mereka mengesan perkembangan tamaddun awal manusiaApakah panggilan barangan di atas?


A. Upacara perkuburan
BAnimisme
C. Artifak
D. Perak Man



JAWAPAN
1. B
2. C 
3. C
4. C
5. C

 - USAHA TANGGA KEJAYAAN -

Zaman Pra Sejarah

Thursday, 10 May 2012

Galeri Foto Merentas Zaman

 Zaman Paleolitik









Zaman Neolitik








Zaman Logam








Zaman Logam - Transformasi Tamadun Manusia Zaman Neolitik


Teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Zaman ini digelar zaman logam kerana manusia mula mencipta alat gangsa dan besi. Masyarakat zaman ini hidup menetap dengan mendirikan pondok. Walau bagaimanapun, masih ada yang tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai.Kegiatan ekonomi utama masyarakat zaman logam iaitu menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Selain daripada itu mereka juga bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang dan melibatkan penggunaan wang syiling. Sungai Tembeling, Pahang, Gua Harimau dan Changkat Menteri di Perak merupakan lokasi utama masyarakat zaman logam.

Zaman Neolitik - Manusia Mengenal Erti Hidup Bertamadun


Zaman ini bermula kira-kira 7000 tahun dahulu.Masyarakat zaman Neolitik mengalami perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar.Mereka bukan sahaja menggunakan batu tetapi menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.Manusia pada zaman ini mula tinggal menetap di gua dan berhampiran sungai dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.Pada waktu itu telah wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja.Banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan antaranya mencipta peralatan tembikar seperti bekas air,periuk, dan belanga,bercucuk tanam,menangkap ikan dan menternak binatang, berburu dan memungut hasil hutan,serta mula berdagang secara tukar barang. Peralatan yang digunakan seperti beliung dan pemukul kulit kayu.Tapak manusia zaman Neolitik mula dikesan di Bukit Tengkorak,Sabah.Selain daripada itu penempatan masyarakat zaman ini juga terdapat di Gua Cha,Kelantan.

Zaman Paleolitik - Kewujudan Kelompok Manusia di Bumi Malaysia



Bermula kira-kira 200,000–300,000 tahun dahulu, manusia zaman Paleolitik hidup berpindah-randah. 
Biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di dalam gua, & di sekitar tasik. Manusia zaman Paleolitik menjalankan kegiatan ekonomi seperti memburu binatang liar, memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan lain-lain lagi untuk meneruskan penghidupan. Mereka mengamalkan cara hidup sara diri. Selain daripada itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik, alat repihan seperti alat batu penetak. Penempatan awal mereka dikesan di beberapa lokasi di Malaysia antaranya di Bukit Jawa, kota Tampan dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak, Gua Niah, Sarawak dan di Tingkayu, Sabah.

Pengenalan Zaman Prasejarah

Bumi Malaysia telah melalui 3 zaman Prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain bergantung pada tahap kemajuan. Penyelidikan terdahulu mendapati selepas Zaman paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam. Penyelidikan terkini ,Pusat Arkeologi Malaysia, USM membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Ini disebabkan alat batu seperti batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal zaman Paleolitik.