Zaman ini bermula kira-kira 7000 tahun dahulu.Masyarakat
zaman Neolitik mengalami perkembangan teknologi daripada batu kepada
tembikar.Mereka bukan sahaja menggunakan batu tetapi menggunakan tanah
liat untuk membuat tembikar.Manusia pada zaman ini mula tinggal menetap di
gua dan berhampiran sungai dan menjalankan
kegiatan perdagangan secara tukar barang.Pada waktu itu telah wujud sistem
bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja.Banyak
kegiatan ekonomi yang dijalankan antaranya mencipta peralatan tembikar seperti
bekas air,periuk, dan belanga,bercucuk tanam,menangkap ikan dan menternak
binatang, berburu dan memungut hasil hutan,serta mula berdagang secara tukar
barang. Peralatan yang digunakan seperti beliung dan pemukul kulit
kayu.Tapak manusia zaman Neolitik mula dikesan di Bukit Tengkorak,Sabah.Selain
daripada itu penempatan masyarakat zaman ini juga terdapat di Gua
Cha,Kelantan.
No comments:
Post a Comment