Bumi Malaysia telah melalui 3 zaman Prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain bergantung pada tahap kemajuan. Penyelidikan terdahulu mendapati selepas Zaman paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam. Penyelidikan terkini ,Pusat Arkeologi Malaysia, USM membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Ini disebabkan alat batu seperti batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal zaman Paleolitik.
No comments:
Post a Comment