Zaman Logam - Transformasi Tamadun Manusia Zaman Neolitik
Teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Zaman ini digelar zaman logam kerana manusia mula mencipta alat gangsa dan besi. Masyarakat zaman ini hidup menetap dengan mendirikan pondok. Walau bagaimanapun, masih ada yang tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai.Kegiatan ekonomi utama masyarakat zaman logam iaitu menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Selain daripada itu mereka juga bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang dan melibatkan penggunaan wang syiling. Sungai Tembeling, Pahang, GuaHarimau dan Changkat Menteri di Perak merupakan lokasi utama masyarakat zaman logam.
No comments:
Post a Comment