Bumi Malaysia telah melalui 3 zaman Prasejarah iaitu
Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap
zaman tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain bergantung
pada tahap kemajuan. Penyelidikan terdahulu mendapati selepas Zaman
paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan alat batu Hoabinh yang
terdapat di Vietnam. Penyelidikan terkini ,Pusat Arkeologi Malaysia, USM
membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Ini disebabkan alat batu
seperti batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200
000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal zaman Paleolitik.
No comments:
Post a Comment